Topic outline
General
Forum ini akan digunakan untuk memberitahu berita terkini atau aktiviti semasa mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Maka adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap pelajar untuk membacanya.
BAB 1
KARANGAN RANGSANGAN
Pengenalan
i. Karangan berpandukan bahan ransangan terletak pada soalan bahagian A dalam kertas 1103/1 Bahasa Melayu SPM.
ii. Bahagian ini hanya terdiri daripada 1 soalan yang wajib dijawab oleh pelajar.
iii. Bahan ransangan terdiri daripada:
(a) gambarfoto (b) gambarajah (c) illustrasi kartun (d) iklan
(e) isi-isi utama (f) pelan (g) petika (h) catataniv. Pelajar dikehendaki memberikan huraian berdasarkan kehendak soalan yang diutarakan.
v. Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
vi. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini dan masa yang cadangkan ialah 45 minit.
Sila baca panduan menjawab soalan sebelum membuat aktiviti seterusnya.
BAB 2
KARANGAN UMUM
Pengenalan
i. Karangan berbentuk esei ini terletak pada soalan bahagian B dalam kertas 1103/1 Bahasa Melayu SPM.
ii. Bahagian ini terdiri daripada 5 soalan yang terdiri daripada pelbagai jenis karangan.
iii. Pelajar dikehendaki menjawan 1 soalan sahaja.
iv. Panjang karangan hendaklah tidak melebihi 350 petah perkataan.
v. Masa yang diperuntukkan untk menjawab soalan ini ialah 1 jam 30 minit.
vi. Soalan ini membawa 100 markah.
BAB 3
RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Pengenalan
i. Soalan rumusan dan pemahaman petikan umum terletak pada soalan 1 dalam kertas 1103/2 Bahasa Melayu SPM.
ii. Petikan umum yang diambil dan diubahsuai samada daripada majalah atau surat khabar mempunyai kepanjangan kira-kira 350 patah perkataan diberikan.
iii. Daripada petikan ini, pelajar wajib menjawab soalan
1. Rumusan dan soalan 2. Pemahaman
Soalan Rumusan
- merupakan soalan wajib
- pelajar perlu membuat rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan
- soalan ini memperuntukkan 30 markah.
Pemahaman Petikan Umum
- merupakan soalan wajib
- sebanyak 3 soalan pemahaman dikemukakan
- bahagian ini memperuntukkan 9 markah
BAB 4
KOMSAS
Pengenalan
i. Soalan pemahaman komsas terletak pada soalan 2(b), 2(c) dan 2(d) dalam kertas 1103/2 Bahasa Melayu.ii. Soalan ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut;
(a) soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
(Cerpen atau Drama)
(b) soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik ; dan
(c) soalan 2(d) - Puisi tradisional atau Sajak
iii. Pelajar diwajibkan untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.
iv. Bahagian ini merupakan 26 markah seperti berikut:
(a) soalan 2(b) - 9 markah
(b) soalan 2(c) - 8 markah; dan
(c) soalan 2(d) - 9 markah